Sabtu, 14 Januari 2012

lokasi kedai nasir satar

sebagai penanda, kedai nasir satar ini bertentangan dengan 
premis jualan topup & alat telekomunikasi 
yang mempunyai signboard hotlink di atasnya ( farimi communication and services ), 
dan juga sebelum pondok polis geliga


kedai topup & alat telekomunikasi 
( farimi communication & services )

produk : satar gulung segera








satar gulung segera ( sebelum digoreng )

* boleh dibawa pulang walaupun jarak perjalanan mengambil masa sehingga 7 jam
* disimpan di bahagian sejukbeku

Rabu, 13 April 2011

banting & kad bisnes nasir satar

baru2 ni kami telah menempah banting & kad bisnes, dan inilah hasilnya :-


banting

kad bisnes



jika ada antara pihak tuan puan yang berada di sekitar kemaman inginkan membuat banner, banting, 
kad bisnes, kad kawin, sticker, menu makanan, dll..
bolehlah hubungi NUdesign di 014-815 7685 @ 09-868 5713

NUdesign

produk : inti satar

tidak lama lagi, kami bercadang akan keluarkan produk inti satar yang siap dibungkus di dalam bekas


untuk cadangan, inti satar tersebut bolehlah dibuat sebagai :-


satar gulung @ satar popia @ satar goreng
- sediakan kulit popia
- letakkan inti satar di atasnya
- kemudian gulung kulit popia tadi
- panaskan minyak kemudian masukkan satar popia ke dalam kuali


inti satar goreng segera
- bentukkan inti satar menjadi bulatan
- panaskan minyak
- kemudian goreng inti satar tersebut

o.k tuan puan, selamat mencuba..

Isnin, 28 Mac 2011

satar

inilah rupa satar yang telah siap dibakar :-








proses membakar satar


setiap bungkusan kon satar yang telah siap diisi kemudiannya akan dicucuk serta disusun rapat pada rod stainless steel yang telah disediakan, biasanya boleh memuatkan antara 9@10 biji kon satar pada sebatang rod

kemudiannya ianya akan dipanggang di atas bara api



















proses membungkus satar


adunan yang telah siap disediakan kemudiannya akan dibungkus @ dibalut dengan menggunakan daun pisang 
yang dibentuk seperti kon @ piramid